About Us

DOHA, DOHA, Qatar
adalah PERSATUAN dari IBU - IBU INDONESIA yang mengikuti SUAMI di QATAR - bekerja di QVC Chemical Company.

SELAMAT DATANG


•Assalamu’alaikum Wr. Wb

Buletin tahun ini tampil dengan wajah yang beda dari tahun sebelumnya, yaitu penyebaran dilakukan melalui internet, tidak melalui selebaran kertas lagi (diet pengeluaran kas)

Dalam buletin ini pun kita akan melihat sesi PROFILE.. Eits.. Apa tuhhhh?
PROFILE adalah sesi yang menampilkan tentang salah satu dari kita, tujuannya… ya…untuk saling mengenal lebih dalam dong, kan ada pepatah tak kenal maka tak sayang selain itu karena buletin ini untuk ibu - ibu sekalian maka harus ada juga kontribusi dari ibu - ibu juga... jadi kaya KOLOM KITA(KOKI)nya KOMPAS.. tapi ini koki INDOQVC…
jadi kalau suatu saat saya menghubungi salah satu dari ibu2 sekalian untuk wawancara… jangan ditolak yahhh!!

PROFILE kali ini akan menampilkan sosok IBU KETUA kita tahun ini sebagai pembukaan buletin edisi pertama ini. (YANG LAIN siap yaaa untuk jadi yang selanjutnya… tapi MAAF tanpa HONOR, hehehe)

BULETIN INDOQVC FEMALE akan terbit setiap sebulan sekali... jadi pada saat siap untuk dipublish dengan berita terbaru di tiap sesi, maka kami akan memberitahukannya melalui milis.

maaf terlalu panjang pembukaannya… kalo gitu mari kita langsung simak saja isi dari e-buletin kita.. Dan mohon maaf kalau dalam penyampaian kata – kata dan isi dari berita masih jauh dari sempurna, diharapkan kritik dan masukkan dari ibu – ibu semuanya.

Wassalamu’ alaikum Wr Wb.

Redaksi INDOQVC FEMALE

Monday, August 18, 2008

SESI KELUARGA

PEMBENTUKAN KELUARGA DALAM ISLAM

Written by al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

1.0 Pengenalan
Sebuah keluarga terdiri daripada beberapa orang ahli, samada suami atau isteri, atau ibu, bapa dan anak-anak. Keluarga adalah merupakan kumpulan manusia terkecil yang akan membentuk kumpulan masyarakat yang lebih besar. Melahirkan masyarakat beriman bergantung kepada kejayaan melahirkan keluarga yang beriman. Justeru islam meletakkan tanggungjawab utama melahirkan manusia-manusia beriman kepada ibu dan bapa yang menjadi nakhoda kepada keluarga.

2.0 Perkahwinan dalam Islam
Pembentukan keluarga bermula dengan sebuah perkahwinan. Perkahwinan berlaku dengan termenterainya akad antara seorang lelaki dan perempuan yang dijalankan oleh seorang wali kepada perempuan dengan bersaksikan dua saksi yang adil. Perkahwinan adalah fitrah manusia. ALLAH berfirman bermaksud:
“Dan ALLAH yang menjadikan untuk kamu daridiri kamu pasangan-pasangan, dan menjadikan bagi kamu daripada pasangan-pasangan itu anak-anak dan cucu-cucu, dan Dia mengurniakan rezki yang baik.”
Perkahwinan juga adalah sunnah Rasulullah s.a.w sebagaimana sabdanya: “Perkahwinan itu sunnah aku. Sesiapa yang bencikan sunnah aku, dia bukan di kalangan aku.”
Islam tidak menggalakkan membujang dengan alas an ingin beribadah. Tirmizi meriwayatkan daripada sahabt nabi bahawa Rasululullah melarang bersikap “tabattul”(enggan berkahwin kerana menumpukan ibadah”.

3.0 Matlamat Perkahwinan
Perkahwinan adalah bermatlamatkan perkara-perkara berikut:
1. Perkahwinan bertujuan memberikan ketenangan jiwa. Firman ALLAH bermaksud: “Dan antara tanda-tanda kekuasaanNya bahawa Dia menjadikan untuk kamu dari diri kamu pasangan-pasangan untuk kamu menenangkan diri kepadanya, dan Dia menjadikan antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itu tanda-tanda (kekuasaan ALLAH) bagi kaum yang berfikir.”
2. Perkahwinan juga menjaga maruah seseorang. Sabda baginda: “Wahai sekelian orang muda. Sesiapa di kalangan kamu yang ada kemapuan hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya ia lebih menjaga pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya puasa itu benteng bagi dirinya.” (Bukhari & Muslim, Abu Dawud dan Tirmizi)
3. Perkahwinan bertujuan mendapatkan zuriat. Rasulullah bersabda: “Kahwinilah yang beranak ramai dan penyayang.”
4. Perkahwinan Untuk bersama-sama mendapatkan redha Tuhan
Sabda baginda:
ليتخذ أحدكم قلبا شاكرا ولسانا ذاكرا وزوجة مؤمنة تعينه على آخرته
Bermaksud: “hendaklah seseorang itu mengambil hati yang bersyukur, lidah yang berzikir dan isteri yang membantunya untuk akhiratnya.” (Ahmad dan Tirmizi)

4.0 Pemilihan Suami-Isteri
Sebelum perkahwinan bermula ia tentunya didahului dengan pemilihan bakal isteri dan bakal suami.Pemilihan bakal suami disebut oleh Rasululullah s.a.w menerusi sabdanya bermaksud: “Apabila datang kepada kamu seorang lelaki yang kamu rasa redha (puas hati) keagamaan dan akhlaknya, kahwinkan dia.” (riwayat Tirmizi)
Pemilihan bakal isteri pula disebut oleh Rasulullah menerusi sabdanya bermaksud: “Seorang wanita itu dikahwini dengan empat perkara, kerana kecantikannya, kerana, hartanya, kerana kedudukannya dan kerana agamanya. Pilihlah yang ada agama, nescaya kamu berbahagia.” (Tirmizi)
Secara umumnya dua hadis di atas meletakkan syarat beragama sebagai syarat utama perkahwinan. Ini kerana hanya orang yang beragama sahaja boleh membina keluarga beragama dan beriman. Dan hanya keimanan yang boleh memberi kebahagian di dunia dan di akhirat. Sabda baginda:
من تزوج امرأة لعزها لم يزده إلا ذلا ومن تزوجها لمالها لم يزده إلا فقرا ومن تزوجها لحسبها لم يزده إلا دناءة ومن تزوج امرأة لم يرد إلا أن يغض بصره أو يحصن فرجه أو يصل رحمه بارك الله له فيها وبارك لها فيه
Bermaksud: “Sesiapa yang mengahwini seorang perempuan kerana kehebatannya, ia hanya akan menambahkan kehinaan, Sesiapa yang mengahwininya kerana hartanya, ia akan hanya menambahkan kemiskinan, sesiapa yang mengahwininya kerana kedudukannya, ia hanya akan menambahkan kerendahan. Sesiapa yang mengahwininya seorang perempuan, tujuannya semata-mata ingin menjaga matanya atau memelihara kemaluannya atau menyambung hubungan darah, ALLAH memberkati si lelaki untuk perempuan dan si perempuan untuk lelaki.” (Ibnu Hibban)

5.0 Asas Hubungan Suami isteri
Hubungan suami isteri yang berjaya ialah yang dapat mensasarkan tiga perkara utama iaitu
1. Ketenangan
2. Kasih sayang
3. Rahmat kasihan belas
Oleh setiap perlakuan setiap pasangan mestilah menjurus ke arah membina tiga bentuk asas hubungan ini

6.0 Ciri-ciri Hubungan Suami Isteri Yang Harmoni
Di antara ciri-ciri hubungan suami isteri yang baik ialah :
1. Suami Dan Isteri Sebagai Penasihat
Sabda baginda bermaksud: “Agama itu adalah nasihat.”
2. Suami Sebagai Ketua Keluarga
Firman ALLAH: “Lelaki adalah tonggak-tonggak bagi perempuan….”.
3. Menunaikan Hak Isteri / Kewajipan Suami
Di antara hak isteri ialah mendapat nafkah dan layanan mesra suami serta pendidikan dan pentarbiyahan
من حق المرأة الزوج ؟ أن يطعمها إذا طعم وأن يكسوها إذا اكتسى ولا يضرب الوجه ولا يقبح ولا يهجر إلا في البيت
Sabda baginda: “Antara hak isteri yang mesti ditunaikan oleh suami ialah memberi makan kepadanya apabial dia makan, memberi pakaian apabila dia memakai. Jangan memukul wajahnya, jangan menggapnya buruk, jangan ditinggalkan melainkan di rumah.” (Ahmad)
Di antara bentuk layanan baik terhadap isteri :
menjaga maruah isteri
tidak menyakiti hatinya
memanggilnya dengan panggilan yang mulia
memaafkan kesalahannya
استوصوا بالنساء خيرا فإنهن خلقن من ضلع وإن أعوج شيء في الضلع أعلاه فإذا ذهبت تقيمه كسرته وإن تركته لم يزل أعوج فاستوصوا بالنساء خيرا
Baginda bersabda bermaksud: “sentiasalah berpesan baik kepada isteri; sesungguhnya mereka dicipta daripada tulang rusuk. Yang paling benmgkok ialah tulang rusuk. Apabila kamu cuba meluruskannya, kamu akan patahkannya. Sekiranya kamu biarkan, dia terus bengkok. Justeru sentiasalah berpesan baik kepada perempuan.” (Bukhair dan Muslim)
Kata Imam Ghazali : “Kerana itu disunatkan bersabar terhadap kerenah isteri, dan bertahan dengan segala tindakannya yang boleh menyakitkan perasaan dan bersikap lemah lembut ketika berhadap dengan kemarahannya”.
Kata Ibnu Hajar : hadis ini menjelaskan bahawa lelaki tidak mampu untuk membetulkan bengkok tersebut. Justeru lelaki wajib melayaninya dengan baik dan lemah lembut yang bersesuaian dengan fitrah kejadiannya.
Sentiasa bergurau mesra yang boleh menggembirakan hatinya.
Membantunya dalam urusan rumah tangga
Sabda baginda: Apabila seorang lelaki menuang minuman untuk isterinya, dia diberi pahala”. Aishah ditanya tentang Rasululullah s.a.w. ketika di rumah; beliau menjawab :
يكون في مهنة أهله فإذا سمع بالأذان خرج
Maksudnya: “la melakukan urusan rumah tangga iaterinya. Apabila baginda mendengar azan, baginda keluar.” (Bukhari)
Menunaikan Kewajipan Sebagai Isteri
Di antara kewajiban isteri ialah ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada suami dan menjaga maruah diri dan suami
فالصالحات قانتات حافظات للغيب بما حفظ الله ]النساء : 34[
أيما امرأة ماتت وزوجها عنها راض دخلت الجنة ]الحاكم[
Di antara bentuk ketaatan kepada suami ialah tidak keluar tanpa keizinannya, dan tidak memberi sesuatu yang menjadi milik suami kepada orang lain melainkan dengan izin serta tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumah di kala ketiadaan suami.

No comments:

 
-
design by labibahs graphics.com